About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? bikhoir??? ALHAMDULILLAH... AHLAN WA SAHLAN pada semua yang hadir.. moga apa yang dipapar dan ditulis memberi manfaat kepada diri ini dan anda bersama...InsyaAllah Merujuk kepada kata-kata Sheikh al-Habib Umar bin Hafiz :- "''manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..."

KAWAN-KAWAN YG BAEK..

Telekomunikasi & Rangkaian

Tuesday 22 March 2011

:: Hari KEHANCURAN ::

Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup
sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan
telinga, seluruh makhluk mati
kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun
mencabut nyawa malaikat yang
tinggal dan akhirnya nyawanya
sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati,
Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada
siapa yang menjawab. Lalu Dia
sendiri menjawab dengan
keagunganNya "Kepunyaan Allah
Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya
sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat
Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali
ke-2, lantas seluruh makhluk
hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat
seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup
melalui benih anak Adam yg
disebut "Ajbuz Zanbi" yang
berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yang
kembang membesar dari biji
benih.
✐ Semua manusia dan jin
dibangkitkan dalam keadaan
telanjang dan hina. Mereka tidak
rasa malu kerana pada ketika itu
hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa
depan yang akan mereka hadapi
kelak.
✐ Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi
seperti guruh yang menghalau
manusia, jin dan binatang ke
tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi
yang banyak amal), berjalan kaki
(bagi yang kurang amalan) dan
berjalan dengan muka (bagi yang
banyak dosa). Ketika itu, ibu akan
lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia
sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk
dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan cahayanya, lalu
mereka tinggal dalam kegelapan
tanpa cahaya. Berlakulah huru-
hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang
dahsyat, lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah
SWT. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar
dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul
semula dengan kepanasan yang
berganda. Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik
di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh
bumi terbakar, bukit-bukau
hancur dan sungai menjadi
kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan
peluh sehingga peluh mereka
menjadi lautan. Timbul atau
tenggelam mereka bergantung
pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga
kepunyaan Nabi Muhammad SAW
bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya
dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh
malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat
sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari
susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah
cahaya matahari yang terik
kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat
kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya
dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu
kerana Allah dan berpisah kerana
Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh
wanita berzina, tetapi dia
menolak dengan berkata "Aku
takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan
bersembunyi (tidak diketahui
orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian
mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama
menunggu di padang mahsyar,
semua manusia tidak tahu
berbuat apa melainkan mereka
yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah
berjumpa dengan para Nabi".
Maka mereka pun pergi mencari
para Nabi. Pertama sekali
kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha
mereka gagal kerana Nabi Adam
a.s menyatakan beliau juga ada
melakukan kesalahan dengan
Allah SWT. Maka kumpulan besar
itu kemudiannya berjumpa Nabi
Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi
Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya
memberikan sebab seperti Nabi
Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah SAW. Jarak
masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad SAW ke hadrat Allah
SWT. Lalu diperkenankan doa
baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi
pukulan gendang yang kuat
hingga menakutkan hati semua
makhluk kerana mereka sangka
azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan
yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar
(besarnya sejarak perjalanan 20
ribu tahun) sambil bertasbih
dengan suara yang amat kuat
sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang
amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 orang
malaikat yang besar dan gagah.
Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun
yang menghijab cahayanya yang
sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang
terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi
lebih kecil dari 'Arasy umpama
cincin ditengah padang . Dalam
bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak
dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun
menundukkan kepala kerana
takut. Lalu dimulakan timbangan
amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju
ke leher pemiliknya tanpa silap
dan tergantunglah ia sehingga
mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib &
'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf
mengikut Nabi dan pemimpin
masing- masing. Orang kafir &
munafik beratur bersama
pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka
tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali
dihisab adalah umat Nabi
Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah
solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah
perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang
hendak dihisab amalannya,
malaikat akan mencabut kitab
mereka lalu diserahkan, lalu
pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang
bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab
amalan mereka menggunakan
satu Neraca Timbangan. Saiznya
amat besar, mempunyai satu
tiang yang mempunyai lidah dan
2 daun. Daun yang bercahaya
untuk menimbang pahala dan
yang gelap untuk menimbang
dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi
Muhammad SAW dan para imam
4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta
ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya
tidak ditimbang bahkan amalan
buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia
akan dipateri, tangan akan
berkata- kata, kaki akan menjadi
saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh
Allah Ta'ala dengan Maha
Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang,
mahkamah Mahsyar dibuka
kepada orang ramai untuk
menuntut hak masing-masing
dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh
makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW
di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan
makhluk di Padang Mahsyar
dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke
dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang
mempunyai iman sebesar zarah
dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk
kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta
golongan khawas juga diberikan
izin oleh Tuhan untuk memberi
syafaat kepada para pengikut
mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka
akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab,
manusia akan mula berjalan
menuju syurga melintasi
jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah
tujuh dan ia lebih tajam dari mata
pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan
masa 15000 tahun. 5000 tahun
menaik, 5000 tahun mendatar
dan 5000 tahun menurun. Ada
makhluk yang melintasinya
seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan
api neraka sentiasa menarik kaki
mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan
dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000
orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya
melepasinya. 999 orang akan
terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin
karangan Syeikh Zainal Abidin
Muhammad Al- Fathani. Pustaka
Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin
mengumpul saham akhirat,
sampaikanlah ilmu ini kepada
sahabat² yang lain. Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang
disampaikannya kepada orang
lain.
-LIKE dan COMMENT-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...