About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? bikhoir??? ALHAMDULILLAH... AHLAN WA SAHLAN pada semua yang hadir.. moga apa yang dipapar dan ditulis memberi manfaat kepada diri ini dan anda bersama...InsyaAllah Merujuk kepada kata-kata Sheikh al-Habib Umar bin Hafiz :- "''manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..."

KAWAN-KAWAN YG BAEK..

Telekomunikasi & Rangkaian

Thursday 26 April 2012

Macam Tak Percaye!!! betul ke..

Assalamualaikum wbt..

Hm, alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana panjangkan lagi umur aku sampai la ni.. saat post atau tulisan ni ni coret aku da hampir setahun bergelar seorang MAHASISWA. mungkin ade certain2 member lama aku cakap aku ni poyo nak mampos sebab kecah sangat yang aku ni dah jd budak undergraduate, tp ntah la..pada aku, bukan aku nak menunjuk or what so ever. 1stly, im totally proud k coz dapat kawan ngan hampa2 semua..xspecially to my classmate mase sekolah menengah dulu.. korang pon hebat2 gak kan, dapat jugak sambung belaja.. cume rezeki kita je yg tak same juz laen2 tempat..antara kita ada yg pegi diploma kat u, poli n ade gak yg further kat STPM. Even yg further kat kolej2 pon aku respect korang, sebab niat korang tu yang nak belajar.. Insyaallah korang akan sambung gak degree n then mungkin bole jadi lagi hebat..aku ni juz mengejar cite2 cabok aku je, iaitu nak jadi cikgu. macam dalam kelas dulu la korang selalu gelak n mengANJINGkan aku kan perli la CIKGU BESAR la ape kan. Tapi for sure aku tetap nak jadi cikgu. Ok, cukup la aku melalut..hm, hope ade la kalangan korang yg membace ea... hm, aku doakan korang dapat ape yg korang impikan n jangan lupe contact aku lau ade pape hal, lau nak kawen ke ape ke, meyh datang tuntut KAD KAWEN kat aku macam yg aku janji dulu nak sponser kad kawen korang..
Harap sangat korang enjoy ngan life korang sekarang  n doa2kan la aku ea supaye title CIKGU BESAR yg korang bagi dulu jadi kenyataan..AMIN....

Ok, now proceed ke objektif utama post ni ditulis.. Yup, da sebulan lebih da aku jadi org JOHOR kembali, dulunya org JOHOR yg berada di Gunung Ledang, la ni org JOHOR yg ade kat Gunung Pulai..Waaa, banyak syok la hidup aku, belaja je dekat ngan gunong...
By the way, even da setahun aku hidup kat bumi UTM ni, sampai sekarang aku aku still xcaye yg aku da jadi budak U. jadi MAHASISWA UTM, U yang aku nak sangat masuk mase kecik2 dulu. Yela, dulu manjang on the way nak balek kampong aku kat PASIR GUDANG tentu mate aku ni asyik MARKING signboard UTM je mase kat Highway.. Now, da duduk dekat sebulan still tak percaye.. Hm, selain perasaan yg tak berapa nak percaya yg aku ni da jadi budak U of course la HAPPY kan.. Yang utama nye happy sebab aku pilih course ape yg aku nak n yang penting mak abah aku happy n support aku dalam semua hal..memang la mulanye aku tau mak abah aku harap sangat aku terima tawaran USM tu. yela, mak kan nak sangat tengok anak2 dia ni ade yg jadi dokter..Hm, sory mak..Ude memang takde minat tuk jadi dokter macam yang mak nak. Tapi ALHAMDULILLAH mak terima jugak n support ude mase ude buat decision pilih cikgu tu.. Hmm, tq mak sebab paham ude...LOVE U A LOT..ude buktikan ea nanti, n InsyaAllah hajat mak abah nak kita same2 pegi umrah tercapai nanti ea..

OK, cukup la lauhan hati aku kat atas tu, sory la lau lari dari point sebenar..yela, saat ketika jari jemari aku menaip ni hati n perasaan ni rindu sangat da kat mak abah..yola, lamo dah den tak balek umah ni..
Now lets aku introduce korang ngan classmate aku kat UTM..aku kat sini berade under FP yakni dalam kata ganti yg panjang Fakulti Pendidikan..hm, course yg diambil adalah sama course ngan mase aku interview aritu.. hm, nama scientific nye adalah Bachelor of Tech with Education (Living Skills).. LIVING SKILLS, what the fish mende tu..actually its refer tu KH yakni kemahiran hidup.. heh, name kelas aku kat UTM (1 SPPH) 1 yg depan tu refer tok 1st year student aka FRESHIE..hak3.. yang SPPH tu aku sendiri pon tak tau stand for what..H tu je aku agak refer tok HIDUP kot..

Meyh aku bagi gambaran cikit untuk ahli2 kelas SPPH aku..






















nota kaki : ENTRI ini ditulis sebulan selepas masuk UTM dan baru diedit semula... ( Bahasa yang agak kasar)..sory2..


-LIKE dan COMMENT-

Wednesday 25 April 2012

Kenapa mesti ANA MUROBBI???


Assalamualaikum w.b.t..

"kaifa haluk ya akhi wa ukhti???
bikhoir???
ALHAMDULILLAH..."

Kenapa mesti ANA MUROBBI???
harapan hati ini yang 100% ingin menjadi seorang MUROBBI..
MUROBBI??? 
Ape tu MUROBBI??

Pak Cik WIKIpedia menjawab :-

"MUROBBI dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap MUALLIM. Konsep MUROBBI merujuk kepada PENDIDIK yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik ROHANI, JASMANI, FIZIKAL dan MENTAL anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, MUROBBI lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “MUALLIM” banyak berlegar di “AKAL” tetapi tugas MUROBBI berlegar di “HATI”."

Dan ianya lebih kurang lah dengan kefahaman diri ini.. MUROBBI ni lebih merujuk kepada seorang PENDIDIK atau GURU, tapi bezanya GURU itu hanya mendidik manakala insan yang bergelar MUROBBI ni  bukan hanya mendidik malah dia akan memastikan kepada pelajar atau anak didiknya mengamalkan dan mengapplikasikan apa yang di ajar..

Dalam kata lain, MUROBBI ni akan membuat FOLLOW UP dan tengok FEEDBACK terhadap anak-anak didiknya..Contohnya, bukan sahaja mengajar mengenai AKADEMIK semata-mata tapi tak lupa terhadap perkara-perkara lain yang merujuk kepada modal insan dan pembangunan sahsiah pelajar itu sendiri..

IKON atau ROLE MODEL sang MUROBBI bagi diri ini adalah merujuk kepada, arwah ustaz saya sendiri. USTAZ SHAHRIZAN.. Beliau meskipun memegang ijazah BA(hons).edu.(econ) Universiti Pendidikan Sultan Idris, tetapi masih bergelar seorang ustaz. Kadang kala nak menjadi seorang pendakwah itu tidaklah memerlukan IJAZAH agama, tetapi ilmu yang diperoleh itu lebih tinggi nilainya. Hidup beliau semuanya mengenai ISLAM. usahanya menegakkan agama SUCI ini tak mengenal PENAT dan LETIH.. Undang sahaja lah beliau untuk memberi CERAMAH atau TAZKIRAH dalam majlis ILMU..InsyaAllah beliau akan hadir.. Jarak dan wang ringgit bukan penghalang bagi beliau. Masih terbayang di kepala ni tentang beliau, saat beliau memberi TAZKIRAH di masjid (pada hari rabu malam) serta majlis USRAH pada (selasa malam)..

Subhanallah, tingginya pekerti mu wahai ustaz.. TAZKIRAH2 dan bacaan YASSIN mu di setiap pagi JUMAAT saat saya di bangku sekolah masih ku ingat. Kelunakan suara mu mengimami solat2 ku sebelum ini.. Pemergian mu membuatku tersedar, AJAL seseorang tak mengenal USIA.. Pemergian mu memberi seribu rasa pada kami2 penduduk setempat dan saya selaku bekas murid ustaz.. Pemergian mu itu yang dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH syahid sewaktu ingin pergi menabur ilmu.. USTAZ, moge roh mu ditempat dalam kalangan orang2 SUFI...


Tiada apa yang mampu saya balas atas jasa dan ilmu ustaz, hanya kiriman Al-fatihah dapat mengiringi roh ustaz, dan InsyaAllah akan saya manfaatkan apa ilmu dan pengajaran yang ustaz sempat taburkan ke atas diri ini pada masa mendatang dan InsyaAllah jua saya ingin mendidik bakal anak-anak MURID saya seperti mana ustaz MENDIDIK, biarlah amal yang baik ini terus berpanjangan supaya menjadi amal susulan kepada ustaz InsyaAllah..

Pesanan ustaz yang paling diingati :-

"bergembiralah andai diri kamu menerima balasan serta kesusahan andai kamu membuat maksiat atau kejahatan, sebeb tu lah tanda Allah masih sayangkan kamu, kerana itulah tanda kamu bukan dari kalangan orang yang menerima ISTIDRAJ"

FOOT NOTE : ISTIDRAJ merujuk kepada suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi dieorang makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan kasi, semakin hina lah mereka di sisi Tuhan.



-LIKE dan COMMENT-

Tuesday 24 April 2012

Intro kepada TELEkomunikasi

Assalamualaikum wbt..

Ok, di sini saya akan mengupas serba sedikit apa itu TEKE+KOMUNIKASI, apa yg dikatakan KOMUNIKASI ialah sesuatu proses dalam pemindahan, perkongsian data atau maklumat antara satu node ke node yang lain. Manakala TELE itu pula membawa erti yang jauh.. Oleh sedemikian, mengikut kefahaman saya ialah TELEKOMUNIKASI itu merujuk kepada proses pemindahan atau perkongsian maklumat mahupon data yang merentasi sesuatu jarak..

Antara gambar rajah yg boleh membantu dalam analogi ini :-



Macam mana nak hantar maklumat ke tempat yang jauh ye??? terdapat enam elemen yang ada pada TELEKOMUNIKASI ini..ianya adalah :-

 Manusia
 Prosedur
 Data/Informasi
 Hardware
 Software
 Communikasi/Penyambungan
Sejarah TELEKOMUNIKASI.. malas den nak citer, meh tengok video ni ye..semuanya dah di terangkan...


Ok, ade faham serba sedikit.. sebagai penambahan... ni dia BEYOND TELECOMMUNICATION!!!


# nota kaki : maaf, sumber video ini tiada bahasa melayu...so, translate sendiri ye... Enjoy urself...

-LIKE dan COMMENT-

Monday 23 April 2012

SPPM 1013 (Telekomunikasi & Rangkaian)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi yang maha Esa lagi maha Bijaksana.. dengan limpah kurnia serta zatnya dapat saya menulis lagi dalam blog ini.. ini merupakan entry yang agak baru setelah sejak lama tidak menulis.. mohon beribu kemaafan kepada yang terlibat dan terbabit, terutamanya kepada pensyarah subjek SPPM 1013 ini.. Kelewatan dalam mengUPDATE blog ini mengenai input2 mengenai subjek Telekom & Rangkaian ini atas sebab beberapa kekangan yang berlakunya.. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika ini blog ini dapat dibuka semula kerana sebelumnya, biasalah diri ini yang lemah (* actually lupe PASSWORD), saya telah berjaya mengLOG-IN semula ke blog ini...

Ok, berbalik kepada tajuk entri kali ni iaitu SPPM 1013 (Telekomunikasi & Rangkaian), ianya sebenarnya merujuk kepada subjek yang di ambil oleh saya pada semester ini.. Ianya adalah merupakan subjek fakulti yang diwajibkan ke atas setipa MAHASISWA fakulti pendidikan di UTM ini. Objektif utama terhadap subjek ini adalah memberi pendedahan kepada kami2 ini selaku MAHASISWA pendidikan yakni BAKAL2 GURU dalam tempoh masa 3 tahun lebih lagi INSYAALLAH, kepada kemudahan atau teknologi yang berasakan telekomunikasi yang bersandarkan kepada INTERNET untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran kami kelak di sekolah..


Antara perkara2 yang dipelajari adalah mengenai PEMINDAHAN DATA, RANGKAIAN, TEKNOLOGI TOPOLOGI, PERALATAN RANGKAIAN, PROTOKOL & SISTEM PENGKABELAN, JALUR LEBAR dan sebagainya..

Haaa, apa yang dinyatakan di atas semuanya serba-serbi mengenai INTERNET & TELEKOMUNIKASI...
pada mulanya saya agak kurang berminat la dengan subjek ni..tapi selepas 2 minggu minat ni timbul dan rasa membuak2 bertambah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ICT ini.. Apa tidaknya, lebih baik kita tahu serba sedikit mengenai apa yang kita selalu gunakan, betol tak??? Macam ICT dan INTERNET ni la, selalu kita gunakan tapi tahu ke kita macam mana INTERNET itu berfungsi dan apa alatan atau komponen yang menyokong kepada berfungsinya kemudahan tersebut..

So, ini merupakan peluang yang perlu direbut dan tak perlu dipersia.. dan setelah beberapa bulan mengikuti kelas ini, banyak yang telah dipelajari... Contohnya apa itu ISP, VPN, DNS, IPV4 dan macam2 lagi la..yang biasanya TERM2 ini yang kita jumpe tapi tak tahu ape guna dan maksud sebenarnya...

Last but not least, cewahhh!!! speaking lah puleee...hehe...banyak lagi yang akan dikupas mengenai subjek ini dengan entri yang akan menyusul nanti..Entri2 ini akan di SORT LIST kan mengikut aturan dan bab2 nya...

# nota kaki : maaf atas kesulitan dan bahasa yang digunakan....


-LIKE dan COMMENT-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...