About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? bikhoir??? ALHAMDULILLAH... AHLAN WA SAHLAN pada semua yang hadir.. moga apa yang dipapar dan ditulis memberi manfaat kepada diri ini dan anda bersama...InsyaAllah Merujuk kepada kata-kata Sheikh al-Habib Umar bin Hafiz :- "''manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..."

KAWAN-KAWAN YG BAEK..

Telekomunikasi & Rangkaian

Monday 21 March 2011

CARA MENEGUR DENGAN BETOL

Remember this...
Remember this and keep it very
dear to your heart.
Dan jangan ulangi kesilapan
yang sama..
Jangan..
Cause it hurts!
And it hurts so much until you
want to tear yourself apart
( dan berpaling dari tarbiyah/
jemaah?)
Dan terkadang kesalahan kecil
kita sebagai murabbi dan
qiyadah menjadikan batu api
bagi syaitan untuk
disemarakkan pada hati
mutarabbi dan jundiy kita.Maka,
awaslah!
Belajarlah dari kesalahan orang
lain. ( dan tentu belajar dari diri
sendiri juga).
And when you reach the above
or become leader, please, please
Aisyah, go back to what you
write today, and remember
these...
1) Bila nak menegur seseorang,
tegurlah dengan cara paling
baik dan pada waktu paling
tepat sekali.
Yang penting, bukanlah untuk
sampaikan teguran itu, paling
penting adalah supaya teguran
itu diterima.
Maka sediakan mekanisme
terbaik untuk melakukan
teguran itu.
Tak kiralah teguran itu
dirasakan dalam suasana penuh
kasih sayang, tapi jika cara dan
waktu tidak tepat, kamu hanya
akan menyalakan lava yang
tengah meluap-luap
amarahnya.
2) Jalinkan kecintaan sebelum
meminta ketaatan. Jalinkan
kepercayaan sebelum
memberikan nasihat.
Adakah adil jika kamu menegur
seorang mutarabbi mahupun
jundiymu, dalam keadaan kamu
tidak merasai ikatan hati,
ataupun paling penting,
dia TIDAK merasai kasih sayang
dari kamu?
Tentu tidakkan?
Kamu tak pernah endahkan dia,
tak pernah mendengar masalah
dia, tak pernah membantu dia..
Dan kini kamu hadir padanya,
meminta ketaatan dan mahu
menegur sahaja?
Jadilah seorang murabbi, yang
ada ikatan hati dari sudut ayah,
abang, syeikh dan guru pada
anak muridnya.
Berkenalanlah, bantulah dia,
dan cintailah dia, sebelum kamu
meminta ketaatan dan juga
menegur kesalahan dia.
Memang betul dia wajib
mentaati kamu sebagai
kepimpinan. Benar, dia ada
kesalahan sebagai jundiymu,
tapi santunilah keanak-anakan
dan kenaifan dia dalam
tarbiyah. Hargailah
semangatnya dalam beramal,
dan didiklah dia dengan penuh
cinta, bukan kritikan dan
sindiran yang mengundang
kebencian.
Sudah namanya jundiy dan
mutarabbi, memang dia akan
banyak buat kesalahan.
memang dia perlukan
bimbingan. Memang dia takkan
perfect. Maka, santunilah
perkara itu dengan baik.
3) Carilah medium terbaik dalam
memberikan teguran/didikan.
Barangkali kamu bukanlah
orang yang terbaik dalam
menegurnya. Carilah orang yang
hati mutarabbi dan jundiy kita
lebih terbuka untuk
menceritakan segalanya. Carilah
orang yang pandai berbicara
dalam memberikan didikan ini.
Jadikan mereka orang
tengahmu. Jika orang lain lebih
pandai menegur darimu.
Elak gunakan medium:
a) emel
b) sms
c) telefon
Ketika menegur dan
memberikan didikan. kerana
manusia sangat banyak salah
faham jika teguran itu tidak
bernada, dan jika teguran
berlaku secara sehala tanpa
bertanya apakah asal usul punca
masalah itu berlaku.
Bertemulah, berjumpalah, dan
peluk mutarabbi itu penuh
cinta, sebelum duduk
mendengar penjelasan darinya.
Insyaallah, dia akan membuka
hatinya pada kamu.
4) Cari masa sesuai dan tenang
dalam memberikan teguran.
Bukan sepuluh minit sebelum
mutarabbi kita nak
menyampaikan usrah, di waktu
itulah kita menegur dia.
Hancurlah perasaan dia, dan
menurunlah semangat dia
dalam amal.
Bawalah dia pergi ke kedai
makan. Berboraklah perihal-
perihal santai sebelum
membicarakan hal serius.
Bukalah hati dia dahulu
menerima kamu sebelum kamu
menyampaikan apa2 pada dia.
Duduk bersemuka dengan dia,
dalam keadaan dia tenang,
bukan ketika dia sedang
mengalami tekanan perasaan
yang mengancam.
Ambil waktu paling tepat sekali.
Jangan gopoh dan tidak
bersabar...
5) Anggaplah dia seperti adik
sendiri/anak sendiri/diri sendiri.
Fahami dan dengarilah dia
sebelum kita menegur.
Dan tegurlah dengan cara
seperti mana kita mahu diri kita
sendiri ditegur.
Mulakan dengan pujian dan
penghargaan, kemudian barulah
membuka topik perbincangan.
Jangan memandang rendah
akan dirinya. Jangan
membuatkan dia rasa begitu
hina, lebih hina dari tanah.
Jangan bagi dia rasa down
selepas teguran. Setiap manusia
ini ada ego yang perlu dijaga.
Kerana setiap nasihat, kita
mahukan perubahan. Bukan
mahu dia lari dari tarbiyah!!!
6) Paling penting, jangan
menegur dalam keadaan kita
sangat beremosi.
Solatlah dahulu. Biarkan waktu
melegakan hati kita. Minta pada
ALlah diberikan cara dan
petunjuk terbaik dalam
menegur.
Niat yang ikhlas sahaja takkan
menjamin teguran itu diterima,
cara kena amat betul dalam
penyampaian...
Inilah dia Aisyah, ingatlah
perkara ini betul-betul. Kerana
manusia lain akan terluka jika
kamu lakukan pada mereka apa
yang pernah manusia lakukan
padamu. Ingatlah sebaiknya.
Malah, jika kau menjadi qiyadah
mahupun murabbi agung
sekalipun, engkau tidaklah
superior dari mereka, Engkau
tidaklah lebih baik dari mereka,
Mungkin lebih teruk sekalipun.
kerana itu, teguran itu dibuat
atas dasar dirimu bersedia
untuk ditegur dan berubah juga.
Dirimu mahu juga ditegur dan
dinasihati selalu....
Ajaib apabila melihat,
kematangan hidup dan
pengalaman bergaul dengan
ramai manusia, amat memberi
kesan kepada perwatakan dan
kata-kata pada seseorang.
Dan aku melihatnya pada dua
generasi yang berbeza. Dan aku
merasakan benar, pengalaman
sahaja dapat memberikan
kematangan dalam kepimpinan.
Dan kita yang menjadi tentera
kecil mahupun mutarabbi hina
ini, perlu belajar dari kesilapan
ini. Jangan ulangi perkara sama.
Jadilah manusia lebih baik.
Seperti mana aku harap kamu
juga belajar dari kesilapan aku ,
membetulkan kesilapan aku,
dan sentiasa menjadi lebih baik
dari aku.
Aku lebih bahagia begitu
walaupun tingginya kedudukan
aku di mata jemaah dan dunia,
kerana kedudukan kita di sisi
Allah itu lebih utama..
Dan betul, teguran pada
qiyadah/naqibah juga perlu
sama sahaja seperti di atas. kita
jemaah manusia, bukannya
robot dan tentera. Ada emosi
dan masalah. maka belajar cara
berkomunikasi dengan baik.
wallahualam

p/s: copycat dari iluvislam.com®
-LIKE dan COMMENT-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...