About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? bikhoir??? ALHAMDULILLAH... AHLAN WA SAHLAN pada semua yang hadir.. moga apa yang dipapar dan ditulis memberi manfaat kepada diri ini dan anda bersama...InsyaAllah Merujuk kepada kata-kata Sheikh al-Habib Umar bin Hafiz :- "''manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..."

KAWAN-KAWAN YG BAEK..

Telekomunikasi & Rangkaian

Friday 26 August 2011

Syahid Di Jalan Allah...

(إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Hmmm, kalimah tu je lah yg aku dapat luahkan mase yg aku dapat tau bahawa yg rakan sepelajaran ku di matrikulasi telah lagi awal pergi menghadap illahi..
Pada mulanya aku juz ingat berita ni hanya gurauan dari member2 aku, tapi perkara melibatkan hidup dan mati ni mmg tak bole di buat main..
sewaktu aku menaip ni genap lah 15 hari arwah Mohamad Afez Hassan pergi ke rahmatullah..
Subhanallah, rase macam baru semalam yg aku rasa berita pasal arwah aku dengar..
 hmm, kenangan yg mungkin xseberapa ngan dia buat aku sampai sekarang still teringat kat dia..
memang aku akui yg arwah seorang yang baik dan langsung tak kedekot dengan senyuman..
tiap kali berjumpa mmg senyuman yg dia akan sedekahkan..
kenangan yg paling best mestilah kenangan tiap kali mengimamkan aku solat lima waktu di masji an nur..
hm, xdinafikan yg arwah gak mmg budak yg rajin, lau waktu malam tak perlu susah2 cari lokasi dia, pergilah ke masjid, mesti ada arwah yg study ngan kawan2 dia..

artikel ni menjelaskan situasi pemergian arwah...


Remaja ke surau maut

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.m

JASIN: Impian seorang remaja menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22.8 Jalan Melaka-Muar di Kampung Sempang, Merlimau, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Mohamad Afez Hassan, 19, maut di tempat kejadian selepas motosikal Suzuki Shogun RR ditunggangnya bertembung sebuah van menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.
Bapa mangsa, Hassan Mohd, 50, berkata, anaknya baru menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor sejak beberapa bulan lalu dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke UMT selepas hari raya Aidilfitri ini.

Katanya, anak keduanya itu yang juga pasangan kembar kepada kakaknya Norhafiza, 19, sudah membuat persiapan menyambung pengajiannya dengan menyimpan semua pakaian dan keperluan sejak seminggu lalu.

“Bagaimanapun, takdir menentukan dia pergi buat selama-lamanya hari ini (semalam). Saya pun tak sangka perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah menjadi noktah terakhir dalam hidupnya.
“Patutlah arwah memberitahu emaknya dia beria-ia hendak berhenti kerja (sebagai pembantu kedai serbaneka 24 jam di Semabok) semalam (kelmarin). Kami tak tahu ia menjadi petanda arwah akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak pulang ke kampung sementara menunggu kemasukan ke UMT, Allahyarham sering ke surau menunaikan solat Subuh.
“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sempat menemuinya, namun mendapati arwah sudah meninggal,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan mendapati selepas keluar dari persimpangan Jalan Pasir Gembur 1, mangsa terus membelok ke kanan menuju ke arah Merlimau melalui laluan bertentangan di bahu jalan.

Katanya, mangsa dipercayai cuba melintas laluan bertentangan itu sebelum dirempuh sebuah van dari arah Melaka.

“Kenderaan mangsa dipercayai diseret sejauh kira-kira 11 meter dan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Mayat Mohamad Afez dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

ni dari surat khabar..



Mohamad Afez bin Hassan
(12 April 1992 - 11 Ogos 2011)
Al-Fatihah..

-LIKE dan COMMENT-

Monday 13 June 2011

Saya Bukan Pak Andam!!!!!!

Assalam


Ha...pe kabo ye kawan... lame gak da tak update blog ni.. Seminggu lebih rasa nye.. Hm, bukan ape.. juz takde masa dan busy dengan keje.. KEJE??? yup, la ni aku da keje.. takde la dok melangok kat umah ke.. ada la income sikit.. Setakat duit top-up lepas lerr.. aku bukan apa da bosan gak dok umah je.. takde nak buat ape.. sekarang ni aku juz keje ikut jiran sebelah umah aku.. hm, terima kasih la yer  Abg Iem, sebab amek aku keje.. lagipun bro ni memang nak pakai orang tuk keje ngan dia.. Maklum la, isteri kesayangan da nak bersalin.. so, tak larat la nak tolomg dia lagi.. now, aku take over tempat kak liza tu la.. Hm, masuk arini dah 5 hari bekerja.. Penat la jugak.. normal la kan, keje ape je yang tak penat.. Masa keje tak tentu.. kira on call je la.. Lau tokey call, terus jalan je la.. 

Ok, da panjang punya cakap tapi still tak bagi tau keje ape kan.. haha.. ok2, actually aku nak cakap pon malu..hehe MALU??? haishh, pe jadah pulak nak malu ni.. adeyh nak cakap pon susah ler.. diluah nanti malu, ditelan sure la tak bole.. ok2.. aku cakap la.. aku keje as a assistant wedding planner??? ha, WHAT?? Pak Andam..haha.. tu sebab ler malu nak mention.. ape tak nye, masa aku bagitau member2 aku yg aku keje as pemasang pelamin diorang sedap jer gelak kan aku.. oit, salah ke?? halalkan.. tapi tu la..PAK ANDAM kan.. SURE kat kepala korang pikir yang pasal mat lembut2 tu kan.. eh kemon ea.. aku keras k.. lagi pon bukan aku yang pege make-up orang.. keja aku 2-3 sebelom majlis orang tu aku da sampai dulu.. Kene pasang pelamin.. ha, aku juz tolong bese2 je.. Belum ada pengalaman lagi.. tapi sekarang ni lau soh aku pasang sendiri bole la.. keje ni perlukan kesenian gak.. nampak macam senang.. nampak macam main stapler je kain tu kat dinding.. tapi yg sebenarnye nak tengok gak balance ke tak pelamin tu.. nak gubah bunga n nak claim kain tok letak as pelamin.. banyak keje la.. lau tengok dari mata kasar macam semua orang leyh buat.. tapi realitinya tak la.. kene ada pengalaman yg bermakan tahun n kesenian semula jadi..

Hm, bagi aku tiap hujung minggu maksudnya ade duit masuk.. yela, orang sibuk nak wat kenduri kawen.. so, sure mesti guna mak andam.. betol tak??? Diorang happy nak kawen, aku happy duit masok..huhu.. lagi2 lau masa cuti sekolah yg panjang.., macam hujung minggu lepas la.. ada 6 tempat kenduri.. woo.. banyak untung woo... keje ni memang menguntungkan.. tapi yg untung tokey aku la, bukan aku.. tak caye.. ok, meyh aku buktikan.. purata tiap rumah charge dia RM 2000..lau da sampai 6 rumah.. tak ke jadi RM 12000..huhu.. banyak duit tu.. buat minang anak dara orang pon da lepas..haha.. tapi malang nya duit yang sebegitu banyak bukan duit aku.. duit tokey aku la..

Tapi bagi aku keje ni memang best kot.. yela, berjalan je keje nya.. kadang2 keje kat johor.. ikut tempahan la.. jumpe macam2 orang.. bole gak improve communication skill aku.. so, nanti lau la da jadi cikgu tak kesah jumpe macam2 orang..haha.. semua tu impian n harapan je..haha.. mengarot dah nampaknye.. tapi keje ni penat nye memang tak terkata la.. segala macam benda nak di angkat.. di usung sana ke mari.. demi menghasilkan satu kerja seni tuk orang kawen..huhu.. tolong hias kan masjid orang pon dapat pahala tau.. tapi penat lelah tu automatik hilang masa hasil kerja da siap.. ape hasil kerjanya??? PELAMIN lerr.. ni antara hasil kerja aku..








Note : Hm, amacam..cantik tak hasil kerja aku..hmm.. lau perlukan khidmat kami contact no ni..+6 017 688 2763..(Shahrizan).. lau contact aku pon bole...

-LIKE dan COMMENT-

Wednesday 8 June 2011

UPSR menuju Ijazah Sarjana Muda....( Part I)

Assalam..

Salam aloha untuk kalian semua ea..ALOHA?? aik, macam hawai je dah.. haha.. latakkan perkara itu.. wow, nampaknya hari ni mungkin dua entry yg akan ku updatekan.. kurang dari 6 jam yg lepas tadi satu.. now, masuk yang kedua.. niat asal nak buat entri ni sebenarnya dah lama dah.. yup, sangat lama.. niat ni dah ada sejak mula2 aku buat blog ni.. tapi banyak benda yg menghalang.. now, di malam rabu yang indah nun mengindahkan ni dah termaktub dan ter tulis qada' & qadar la aku untuk menulis entri ni.. hm, mungkin sebab dorongan hati yang mungkin agak rindu kepada kenangan semasa dibangku sekolah dulu agaknya.. ok, memang aku mengaku yang aku sangat merindukan zaman persekolahan dulu.. hm, dari tadika hingga di sekolah menengah.. dari zaman memakai seluar di atas paras pusat hingga seluar hampir terlondeh. dari zaman innocence yang SUCI hingga dah tahap menggatal+miang pergi mengurat anak dara orang.. dari hanya tau hafal sifir 12 hingga hampir mampu menjawab soalan TRIGONOMETRI ala2 A-level.. hm, hampir je la..lau buat pon belom tentu betol..89% pelung untuk salah.. dan dari berpakaian baju saiz XS now sekarang bersaiz XXL..huhu

Ok, permulaan cerita ni ialah sesi persekolahan di TADIKA..yup, TAMAN DIDIKAN KANAK2 nama penuh ea.. hm, kenapa TADIKA bukan Pra-Sekolah ye??? mudah je nak jawab.. sebab ea tadika tu kat depan mata je.. one way nak ke rumah aku..hm, ok ape TADIKA..sekolah swasta tu..huhu.. SWASTA la sangat.. hm, kat TADIKA mungkin tak banyak benda yang berlaku.. agak2 aku jela..yela, saat di usia 5-6 tahun otak aku ni tak mampu nak digest banyak benda.. mungkin sebab aku dulu tak suka minum susu kot..haha.. plik kan??? tapi lau sekarang ni la, toksah dipelawa.. memang aku sebat je susu depan mata aku.. ok2, macam menyimpang jauh je ni..hm, satu benda je yg aku paling ingat sekarang ni kenangan kat TADIKA.. hm, iaitu cikgu aku.. nama dia Cikgu Zaharah.. huh, cikgu ni da lam kot..dari zaman abang along aku sampai la zaman sekarang.. dia still mengajar kat TADIKA tu..hm, tu je kot nak citer pasal TADIKA..

Now we proceed ke era PRIMARY school ye..hehe.. hm, pendidikan yg radical aku bermula di SK Palong 9.. hm, zaman ni mula belajar kenal orang..yela, masa tu tengok yg sekolah ni ramai nye manusia.. maklum la budak baru abes tadika.. dulu kelas ada bspe belas orang je..sekarang dah dekat berpuluh.. hm, bagi aku zaman sekolah rendah ni mungkin tak banyak lagi cabaran yg ada..yela, mungkin terlalu mudah.. mane taknye.. zaman tu aku ni among top3 la lau exam..heh..bukan nak berlagak tapi mungkin sebab tak de competitor or senang cakap budak2 lain lambat panas la.. hm, disebabkan rasa yg macam tu.. padah menimpa masa UPSR la..result down..haha..just dapat 3A 2B je masa tu.. padahal budak2 lain ha, amek ko..5A n 4A..masa tu nak menyesal pon tak guna.. ok, ni memori yang aku leh share masa aku ada di sekolah kebangsaan..
Darjah 5 Ihsan
Ok, now lupakan kisah sekolah rendah yg menyedihkan tu.. hm, pengajian aku diteruskan ke tingkatan 1..hm, sekolah??? ye, hanya bersekolah di SMKPSe.. (SEKOLAH MENENGAH KEBANSAAN PALONG 11). ow, sekolah ni totally banyak meninggalkan kesan dan sejarah yang memahat dalam ruang memori dikepala aku ni.. Dari tingkatan1-3 aku dok kelas IBNU SINA atau nama komersial yg sekarang ni Excellent.. hm, excellant ke tidak??? haha..opcoz la excellent.. kan ada aku, so kompom2 la excellent..huhu..buat pengetahuan korang kelas aku ni kene amek BAHASA ARAB masa PMR..Sekali kene amek arab la..so, terpaksa la terkial2 untuk belajar arab.. aku akui yg bahasa arab tu menarik.. menarik tak bermakna senang ye.. KEYWORD belaja arab aku rasa kene minat..yup, ape2 keje pon kene ada minat baru la menjadikn!! hm, Alhamdulillah la masa PMR tu result aku agak cemerlang.. 7A 1B 1C..yup, bukan 6A seperti mana yg ditulis di slip keputusan..yang nyata pada sijil PMR 7A.. huhu.. bahasa arab juz cukup makan dengan gred C.. dan yg paling rase geram sej aku yg B..ingat BI.. ok, tutup citer PMR.. ni pic masa form 3..haha.. nampak matang x???

Hijau itu Warna Kami (3 Excellent)
Ok, kisah PMR da tutup..sambung SPM.. haha, seram siot..huhu.. taknak citer banyak..just nak describe Ahli2 kelas aku iaitu kelas 4&5 Excellent.. Kelas Sains (Kejuruteraan & Pertanian).

Sains Kejuruteraan = LK
Sains Pertanian = SPN
Inilah kami :

Shidek
Nama: Mohd Shidek Bin Chamer
Pelajar: SPN
Sikap: Happening & Childish
Jawatan: Ketua Pengawas & Ketua Pelajar
Kerja/Pelajaran terkini: Bekerja (Kaki Pukul @ Bodyguard)

Syed @ Jilan
Nama: Syed Azlan bin Sted Othman
Pelajar: TK
Sikap: Romantik & serious
Jawatan: Ketua Kelas
Kerja/Pelajaran terkini: TAJ International College (Diploma In Automotif Management)
Ain Bedah
Nama: Ain Zubaidah bt Mohd Shariffudin ( in relationship ngan budak atas tu)
Pelajar: SPN
Sikap: Jiwang, Childish
Jawatan: Assistant Monitor
Kerja/Pelajaran terkini: Diploma in Hotel and Catering Management at politeknik merlimau melaka
Azri @ Ayie
Nama: Muhd Azri bin Uteh
Pelajar: LK
Sikap: Matured, serious, kreatif n berkaliber
Jawatan: Ketua keceriaan Kelas
Kerja/Pelajaran terkini: Pra-U (SMK Seri Perpatih)
Ajay the playboy
Nama: Mohd Azairi bin Musa
Pelajar: SPN
Sikap: player, childish
Jawatan: Kaki round sekolah..huhu
Kerja/Pelajaran terkini: Bekerja di Singapura (berdasarkan informer yg dipercayai)

Biha sweet
Nama: Nur Nabiha bt Abu Hasan
Pelajar: LK
Sikap: manja, kreatif, gedik n kurng matang
Jawatan: Asisstant keceriaan kelas
Kerja/Pelajaran terkini: unknown (Lost contact)

Bilal market ( Jibek)
Nama: Muhd Naszri Bin Rosli
Pelajar: SPN
Sikap: matang, player, romantik
Jawatan: kaki round sekolah gak
Kerja/Pelajaran terkini: bekerja di singapura (berdasarkan informer yg dipercayai)


Ema chubby n sweet smile
Nama: Nor Aziema bt Fiddin
Pelajar: LK
Sikap: periang, baik, kdg2 masok air
Jawatan: takde..geng baik FHATHIN
Kerja/Pelajaran terkini: Pra-U SMK Batu Kikir

Yana the kecoh gurl..
Nama: Syazliana bt Syukur
Pelajar: LK
Sikap: matured, garang gler.
Jawatan: -
Yanti @ Yantok
Nama: Irnayantie bt Salim
Pelajar: LK
Sikap: matured, lurus
Jawatan: peneman si biha
Kerja/Pelajaran terkini: RANACO EDUCATION & TRAINING INSTITUTE

Macha @ Pi'e
Nama: Mohd Shafie Bin Superi
Pelajar: SPN
Sikap: gila2, childish
Jawatan: pembonceng motorsikal aku
Kerja/Pelajaran terkini: bekerja di melaka

Emon @ Hantu Joseph (sabahan)
Nama: Muhd Anwar Bin Jelas
Pelajar: SPN (form4 je, pastu pindah balik sabah)
Sikap: Baik, pemurah
Jawatan: Tabung duit aku ni..hehe
Kerja/Pelajaran terkini: Bekerja di FELDA Plantation (EQI- ESTATE QUALITY INSPECT)

E-one @ Naruto
Nama: Ezuan bin Mustapa
Pelajar: LK
Sikap: pendiam, n selalu kene buli..sory wan..
Jawatan: punch bag..
Kerja/Pelajaran terkini: Mydin Mohamed Holdings Bhd (Sales Assistant)

Doyok ganster..
Nama: Mohd Shafiqal
Pelajar: SPN
Sikap: matured n gila2
Jawatan: kaki pukul sekolah..
Kerja/Pelajaran terkini: Bekerja Sub-kontraktor yg berjaya

Faiz Stylo
Nama: Mohd Faiz Izzudin Bin Azmi
Pelajar: LK
Sikap: bergaya n berimagenasi
Jawatan: ex-prefect
Kerja/Pelajaran terkini: Ev101 at kolej poly-tech mara kuantan

Mazila sleeping..hehe
Nama: Mazila bt Mohd Aris
Pelajar: SPN
Sikap: pendiam
Jawatan: tido....
Kerja/Pelajaran terkini: UPM Sarawak ( Dip pertanian)

Nuro @ Aniza the special one
Nama: Nurohaniza
Pelajar: LK
Sikap: manja, budak2 n happy go lucky
Jawatan: PA aku dulu ni
Kerja/Pelajaran terkini: BioTech in Malacca (currently), Kolej Integrasi Ilmu Raja Alias ( Kursus Jahitan)

Hasni bumper..
Nama: Hasni Zalifah bt Hambali
Pelajar: SPN
Sikap: budak2, mood sukar diramal
Jawatan: dr cinta
Kerja/Pelajaran terkini: diploma perikanan at Universiti Malaysia Terengganu

Mek Liza kepoh
Nama: Nor Liza Bt Sa'adon
Pelajar: SPN
Sikap: matured, riuh, n rajin
Jawatan: Prefect sekolah
Kerja/Pelajaran terkini: Pra-U (SMK Seri Perpatih)

Zela the happy gurl
Nama: Nor Zela bt Khosim
Pelajar: LK
Sikap: happy go lucky
Jawatan: Librarian
Kerja/Pelajaran terkini: Pra-U (SMK Seri Perpatih)

Fhathin the ????
Nama: Nur Fhathin Amirah Binti Muhd Shukor
Pelajar: LK
Sikap: manje, gedik, HOT..
Jawatan: Librarian
Kerja/Pelajaran terkini: ex-Malacca Matriculation College, uitm kuala pilah (currently)
Udin Si Pailang Besar
Nama: Mohd Khairuddin Bin Mohd Nor
Pelajar: SPN
Sikap: Energetic, Hot-temper
Jawatan: Kaki pukul sekolah
Kerja/Pelajaran terkini: Unknown..
Hairul aka Aku the cutest
Nama: Hairul Faiszul Bin Sanuri
Pelajar: LK
Sikap: matang kot.. hm, susah nak judge diri sendiri la..
Jawatan: Ahli kelas 5 Excellent n HambaAllah
Kerja/Pelajaran terkini: Physical Science at Johore Matriculation College (postgraduate),
UTM Skudai Degree in Education Life Skills..(InsyaAllah)

Ok, penat gak nak describe sorang pasal budak2 ni..adey..ni actually entri yang paling banyak gambar kot aku rasa..maklum la 23 orang nye gambar..serious la penat..entri ni makan masa dekat 3 hari kot..puas aku ceroboh FB budak2 ni g curi gambar n information diorang..sumpah letih wei.. harap member2 sekalian suke la ngan entri aku ni.. now ada cendera hati dari aku..kenangan ngan cikgu2..

Cikgu Asma..

Cikgu Asma lagi..serious cikgu ni mmg caring..

Cikgu Faisal ngan budak2 pompuan

Yeah..cikgu Faisal lg..SU Peperiksaan sek aku dulu..

Boyz with Cikgu Asma..

Cikgu Asma da macam akak kitorang..

SPN student...

Note : hm, mintak maaf lau terkasar bahasa ye rakan2 ku.. hm, niat untuk bergurau..hope leh jumpe korang lagi.. bila la yg nak wat reunion yg sebenarnye ni.. bia jarak n masa yg memisahkan kita tapi jangan putus member ke.. kepada member2 yg ada contact biha, bilal n udin add la diaorang kat group kita ea.. i <3 5 Excellent...5exSMKPSe@groups.facebook.com 

-LIKE dan COMMENT-

Tuesday 7 June 2011

Lama Tapi Berharga....

Assalam..


hai warga blogger sekalian..hai gak kepada yg sedang membaca..heh..terima kasih yg tak terhingga kerana nak dan sudi membaca entri aku ni..maklum la, aku ni beginner lagi dalam dunia berblogging ni..masih lagi belaja cara nak tulis dengan bagus..now, aku selalu la blog walking kt blog orang2 lain..cuba belajar n cedok idea macam mana nak tulis dengan bagus...maklum la aku nu bukan datang dari bidang sastera yg pandai nak bermadah n bermain kata2..tapi basic untuk menulis tu ada la..so, perlu banyak kan pembacaan n perlu lebih banyak menulis..yela bak kate pepatah orang INGGERIS 'practice make perfect'..tapi mmg tak dapat di sangkal lagi..ni teknik yg betol..hm, pape lepas ni nak berjaya kene la banyak berlatih..ha, cukup la ni kot as my muqadimah..hehe

ok, ni yg nak story faktor asal or perkara utama sal entri ni..LAMA TAPI BERHARGA..yup, absolutely correct..lama dan lusoh tapi sangat bernilai..priceless dan takde kat mana2..hm, apa yang bernilai sangat ni erk???
Emas ke?? berlian?? mutiara?? silver??
owh noo...benda ni totally berharga bagi aku..

 Ok, now just straight to the point k..benda yang berharga sangat tu ialah ALBUM GAMBAR..
ohhhhh..so what?? album gambar je kot...tak payah la nak heboh sangat..mesti reaction korang macam tu kan..yela, mmg semua orang ada benda tu..tapi tetap tak sama kan..sebab masing2 ada cerita sendiri kan??? am i right?? yup, mmg tak dapat dinafikan..pic album ni memang agak lama la..tadi masa kemas2 bilik buku aku TERjumpe plak album gambar lame2.. album gambar ni bagi aku penuh kenangan n erti ikatan kekeluargaan..sebab apa aku cakp macam tu?? entah la, mungkin sebab aku rasa yang hubungan keFAMILYan aku ni dah pudar.. hm, ada ke bahasa keFAMILYan tu erk..hehe
ok, maksud aku family besar aku la.. bukan family ngan adik-beradik or mak abah aku.. hubungan dengan makcik n pakcik aku.. hm, puncanya salah paham sikit je.. tapi entah la ada yang membesarkan2 masalah.. n wat masa sekarang ni aku pon tak tau macam mana.. aku sedang cuba nak baikkan hubungan antara kita orang..

ALHAMDULILLAH la, dua hari yg lepas aku baru je balik kampung n nampaknya ada respon yg positif.. Family aku dapat bertegur n bersalam la dengan keluarga makcik aku tu.. hm, alhamdulillah allah da makbulkan doa aku tu.. walaupon tak banyak communication n berborak antara kita orang, tapi alhamdulillah la yg kita orang ni tak putus sedara.. benda2 ni actually jadi disebabkan tuduhan yg melulu yg takde usul periksa.. n ditambah fitnah yg agak melampau.. tapi syukur la hati si pemfitnahy tu da dibuke dan di tunjuk kan perkara yg sebenar agaknya.. ok, la..nak citer lebih pon masalah n pekung family sendiri.. yela..agama pon suruh kita tutup aib orang kan..

ok, proceed ngan citer yang asal.. pasal gambar right??? ok, ni ha saje nak tunjuk gambar lama masa aku kecik2 dulu..hm, kejadian sebenarnya berlakunya aktiviti ambil gambar ni aku tak ingat.. maklum la masa tu aku kurang lebih umur 3 tahun kot.. otak ni still tak digest apa yg jadi masa tu.. so, gambar ni la yg jadi kenangan n bukti keCOMELan aku masa kecik.. haha..
Sekarang ni pon memang comel ape.. betol kan.. comel dari macam2 aspek.. especially dari aspek saiz kan..haha..

ok, sekarang ni just nak bercerita pasal gambar je..huhu

Di atas katil bersama abg2 aku..

amacam, cute x aku..haha (yg baju hijau)

Along n angah

along aku (xbanyak berubah sekarang)

waa..banyak hepy ler aku masa kecik

my mom..Zaleha Binti Sawab

Abah aku..Sanuri bin Doll..

Hm, ni je pic arwah nenek yg aku ada..(nenek dok paling tengah pakai baju putih..) 


Abah n cik Yassin..jiran sebelah umah..

kak lela n arwah atok BONG

with my cousin..kamarul n faizal

ade macam tuan besar tak?? siap ada bodyguard lagi..

Note: hm, saje entri ni buat untuk tunjuk kecomelan aku kecik2..haha.. semoga family aku tak pecah belah lagi.. n Al-fatihah kepada keempat-empat arwah atok n nenek..n tak lupa arwah uncle aku Ahmad Noriman Bin Doll..

-LIKE dan COMMENT-

Thursday 2 June 2011

Kelebihan Puasa Bulan Rejab

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda,
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

Rasullullah s.a.w. bersabda,
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

Note: kalau ada kesilapan info sila bagitau.. info ini dicopy + paste dari harakahdaily online
-LIKE dan COMMENT-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...