About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? bikhoir??? ALHAMDULILLAH... AHLAN WA SAHLAN pada semua yang hadir.. moga apa yang dipapar dan ditulis memberi manfaat kepada diri ini dan anda bersama...InsyaAllah Merujuk kepada kata-kata Sheikh al-Habib Umar bin Hafiz :- "''manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..."

KAWAN-KAWAN YG BAEK..

Telekomunikasi & Rangkaian

Monday 23 April 2012

SPPM 1013 (Telekomunikasi & Rangkaian)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi yang maha Esa lagi maha Bijaksana.. dengan limpah kurnia serta zatnya dapat saya menulis lagi dalam blog ini.. ini merupakan entry yang agak baru setelah sejak lama tidak menulis.. mohon beribu kemaafan kepada yang terlibat dan terbabit, terutamanya kepada pensyarah subjek SPPM 1013 ini.. Kelewatan dalam mengUPDATE blog ini mengenai input2 mengenai subjek Telekom & Rangkaian ini atas sebab beberapa kekangan yang berlakunya.. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika ini blog ini dapat dibuka semula kerana sebelumnya, biasalah diri ini yang lemah (* actually lupe PASSWORD), saya telah berjaya mengLOG-IN semula ke blog ini...

Ok, berbalik kepada tajuk entri kali ni iaitu SPPM 1013 (Telekomunikasi & Rangkaian), ianya sebenarnya merujuk kepada subjek yang di ambil oleh saya pada semester ini.. Ianya adalah merupakan subjek fakulti yang diwajibkan ke atas setipa MAHASISWA fakulti pendidikan di UTM ini. Objektif utama terhadap subjek ini adalah memberi pendedahan kepada kami2 ini selaku MAHASISWA pendidikan yakni BAKAL2 GURU dalam tempoh masa 3 tahun lebih lagi INSYAALLAH, kepada kemudahan atau teknologi yang berasakan telekomunikasi yang bersandarkan kepada INTERNET untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran kami kelak di sekolah..


Antara perkara2 yang dipelajari adalah mengenai PEMINDAHAN DATA, RANGKAIAN, TEKNOLOGI TOPOLOGI, PERALATAN RANGKAIAN, PROTOKOL & SISTEM PENGKABELAN, JALUR LEBAR dan sebagainya..

Haaa, apa yang dinyatakan di atas semuanya serba-serbi mengenai INTERNET & TELEKOMUNIKASI...
pada mulanya saya agak kurang berminat la dengan subjek ni..tapi selepas 2 minggu minat ni timbul dan rasa membuak2 bertambah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ICT ini.. Apa tidaknya, lebih baik kita tahu serba sedikit mengenai apa yang kita selalu gunakan, betol tak??? Macam ICT dan INTERNET ni la, selalu kita gunakan tapi tahu ke kita macam mana INTERNET itu berfungsi dan apa alatan atau komponen yang menyokong kepada berfungsinya kemudahan tersebut..

So, ini merupakan peluang yang perlu direbut dan tak perlu dipersia.. dan setelah beberapa bulan mengikuti kelas ini, banyak yang telah dipelajari... Contohnya apa itu ISP, VPN, DNS, IPV4 dan macam2 lagi la..yang biasanya TERM2 ini yang kita jumpe tapi tak tahu ape guna dan maksud sebenarnya...

Last but not least, cewahhh!!! speaking lah puleee...hehe...banyak lagi yang akan dikupas mengenai subjek ini dengan entri yang akan menyusul nanti..Entri2 ini akan di SORT LIST kan mengikut aturan dan bab2 nya...

# nota kaki : maaf atas kesulitan dan bahasa yang digunakan....


-LIKE dan COMMENT-

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...