About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? bikhoir??? ALHAMDULILLAH... AHLAN WA SAHLAN pada semua yang hadir.. moga apa yang dipapar dan ditulis memberi manfaat kepada diri ini dan anda bersama...InsyaAllah Merujuk kepada kata-kata Sheikh al-Habib Umar bin Hafiz :- "''manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..."

KAWAN-KAWAN YG BAEK..

Telekomunikasi & Rangkaian

Wednesday 25 April 2012

Kenapa mesti ANA MUROBBI???


Assalamualaikum w.b.t..

"kaifa haluk ya akhi wa ukhti???
bikhoir???
ALHAMDULILLAH..."

Kenapa mesti ANA MUROBBI???
harapan hati ini yang 100% ingin menjadi seorang MUROBBI..
MUROBBI??? 
Ape tu MUROBBI??

Pak Cik WIKIpedia menjawab :-

"MUROBBI dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap MUALLIM. Konsep MUROBBI merujuk kepada PENDIDIK yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik ROHANI, JASMANI, FIZIKAL dan MENTAL anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, MUROBBI lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “MUALLIM” banyak berlegar di “AKAL” tetapi tugas MUROBBI berlegar di “HATI”."

Dan ianya lebih kurang lah dengan kefahaman diri ini.. MUROBBI ni lebih merujuk kepada seorang PENDIDIK atau GURU, tapi bezanya GURU itu hanya mendidik manakala insan yang bergelar MUROBBI ni  bukan hanya mendidik malah dia akan memastikan kepada pelajar atau anak didiknya mengamalkan dan mengapplikasikan apa yang di ajar..

Dalam kata lain, MUROBBI ni akan membuat FOLLOW UP dan tengok FEEDBACK terhadap anak-anak didiknya..Contohnya, bukan sahaja mengajar mengenai AKADEMIK semata-mata tapi tak lupa terhadap perkara-perkara lain yang merujuk kepada modal insan dan pembangunan sahsiah pelajar itu sendiri..

IKON atau ROLE MODEL sang MUROBBI bagi diri ini adalah merujuk kepada, arwah ustaz saya sendiri. USTAZ SHAHRIZAN.. Beliau meskipun memegang ijazah BA(hons).edu.(econ) Universiti Pendidikan Sultan Idris, tetapi masih bergelar seorang ustaz. Kadang kala nak menjadi seorang pendakwah itu tidaklah memerlukan IJAZAH agama, tetapi ilmu yang diperoleh itu lebih tinggi nilainya. Hidup beliau semuanya mengenai ISLAM. usahanya menegakkan agama SUCI ini tak mengenal PENAT dan LETIH.. Undang sahaja lah beliau untuk memberi CERAMAH atau TAZKIRAH dalam majlis ILMU..InsyaAllah beliau akan hadir.. Jarak dan wang ringgit bukan penghalang bagi beliau. Masih terbayang di kepala ni tentang beliau, saat beliau memberi TAZKIRAH di masjid (pada hari rabu malam) serta majlis USRAH pada (selasa malam)..

Subhanallah, tingginya pekerti mu wahai ustaz.. TAZKIRAH2 dan bacaan YASSIN mu di setiap pagi JUMAAT saat saya di bangku sekolah masih ku ingat. Kelunakan suara mu mengimami solat2 ku sebelum ini.. Pemergian mu membuatku tersedar, AJAL seseorang tak mengenal USIA.. Pemergian mu memberi seribu rasa pada kami2 penduduk setempat dan saya selaku bekas murid ustaz.. Pemergian mu itu yang dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH syahid sewaktu ingin pergi menabur ilmu.. USTAZ, moge roh mu ditempat dalam kalangan orang2 SUFI...


Tiada apa yang mampu saya balas atas jasa dan ilmu ustaz, hanya kiriman Al-fatihah dapat mengiringi roh ustaz, dan InsyaAllah akan saya manfaatkan apa ilmu dan pengajaran yang ustaz sempat taburkan ke atas diri ini pada masa mendatang dan InsyaAllah jua saya ingin mendidik bakal anak-anak MURID saya seperti mana ustaz MENDIDIK, biarlah amal yang baik ini terus berpanjangan supaya menjadi amal susulan kepada ustaz InsyaAllah..

Pesanan ustaz yang paling diingati :-

"bergembiralah andai diri kamu menerima balasan serta kesusahan andai kamu membuat maksiat atau kejahatan, sebeb tu lah tanda Allah masih sayangkan kamu, kerana itulah tanda kamu bukan dari kalangan orang yang menerima ISTIDRAJ"

FOOT NOTE : ISTIDRAJ merujuk kepada suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi dieorang makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan kasi, semakin hina lah mereka di sisi Tuhan.



-LIKE dan COMMENT-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...