About Me

My photo
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Assalamualaikum w.b.t.. kaifa haluk ya akhi wa ukhti??? bikhoir??? ALHAMDULILLAH... AHLAN WA SAHLAN pada semua yang hadir.. moga apa yang dipapar dan ditulis memberi manfaat kepada diri ini dan anda bersama...InsyaAllah Merujuk kepada kata-kata Sheikh al-Habib Umar bin Hafiz :- "''manusia akan MATI bila-bila masa...tetapi TULISAN boleh kekal selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak..."

KAWAN-KAWAN YG BAEK..

Telekomunikasi & Rangkaian

Friday 26 August 2011

Syahid Di Jalan Allah...

(إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Hmmm, kalimah tu je lah yg aku dapat luahkan mase yg aku dapat tau bahawa yg rakan sepelajaran ku di matrikulasi telah lagi awal pergi menghadap illahi..
Pada mulanya aku juz ingat berita ni hanya gurauan dari member2 aku, tapi perkara melibatkan hidup dan mati ni mmg tak bole di buat main..
sewaktu aku menaip ni genap lah 15 hari arwah Mohamad Afez Hassan pergi ke rahmatullah..
Subhanallah, rase macam baru semalam yg aku rasa berita pasal arwah aku dengar..
 hmm, kenangan yg mungkin xseberapa ngan dia buat aku sampai sekarang still teringat kat dia..
memang aku akui yg arwah seorang yang baik dan langsung tak kedekot dengan senyuman..
tiap kali berjumpa mmg senyuman yg dia akan sedekahkan..
kenangan yg paling best mestilah kenangan tiap kali mengimamkan aku solat lima waktu di masji an nur..
hm, xdinafikan yg arwah gak mmg budak yg rajin, lau waktu malam tak perlu susah2 cari lokasi dia, pergilah ke masjid, mesti ada arwah yg study ngan kawan2 dia..

artikel ni menjelaskan situasi pemergian arwah...


Remaja ke surau maut

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.m

JASIN: Impian seorang remaja menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22.8 Jalan Melaka-Muar di Kampung Sempang, Merlimau, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Mohamad Afez Hassan, 19, maut di tempat kejadian selepas motosikal Suzuki Shogun RR ditunggangnya bertembung sebuah van menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.
Bapa mangsa, Hassan Mohd, 50, berkata, anaknya baru menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor sejak beberapa bulan lalu dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke UMT selepas hari raya Aidilfitri ini.

Katanya, anak keduanya itu yang juga pasangan kembar kepada kakaknya Norhafiza, 19, sudah membuat persiapan menyambung pengajiannya dengan menyimpan semua pakaian dan keperluan sejak seminggu lalu.

“Bagaimanapun, takdir menentukan dia pergi buat selama-lamanya hari ini (semalam). Saya pun tak sangka perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah menjadi noktah terakhir dalam hidupnya.
“Patutlah arwah memberitahu emaknya dia beria-ia hendak berhenti kerja (sebagai pembantu kedai serbaneka 24 jam di Semabok) semalam (kelmarin). Kami tak tahu ia menjadi petanda arwah akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak pulang ke kampung sementara menunggu kemasukan ke UMT, Allahyarham sering ke surau menunaikan solat Subuh.
“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sempat menemuinya, namun mendapati arwah sudah meninggal,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan mendapati selepas keluar dari persimpangan Jalan Pasir Gembur 1, mangsa terus membelok ke kanan menuju ke arah Merlimau melalui laluan bertentangan di bahu jalan.

Katanya, mangsa dipercayai cuba melintas laluan bertentangan itu sebelum dirempuh sebuah van dari arah Melaka.

“Kenderaan mangsa dipercayai diseret sejauh kira-kira 11 meter dan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Mayat Mohamad Afez dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

ni dari surat khabar..



Mohamad Afez bin Hassan
(12 April 1992 - 11 Ogos 2011)
Al-Fatihah..

-LIKE dan COMMENT-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...